Saturday 15 September 2012

Bertarung~

Assalamualaikum :) 
Lama tak update blog, maklumlah busy dengan exam trial sekarang nie. Doakan untuk saya ye, 
Terima kasih :) Sekarang tinggal lagi dua subjek elektif saja iaitu ICT dan P.Akaun :) huhu Takut ~ Apa-apa pon InsyaAllah i Can Do it ! :D 
hehe, semangat nie..
Babai, Assalamualaikum :)

Saturday 18 August 2012

Salam Raya~

Assalamualaikum :)
Kawan2, hari ini dah 29 Ramadhan, dan InsyaAllah esok kita akan menyambut Hari Lebaran :D RAYA ! RAYA ! RAYA ! hehe...ape2 pon, selamat menyambut hari raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan batin :) Kalau Ada salah dan silap, harap dapat dimaafkan, dan semoga tidak ada yang berdendam dengan saya ye :')
Tapi tak dilupakan pada bulan Ramadhan, yang akan meninggalkan kita,.Harap-harap tahun depan kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh Barakah ini, InsyaAllah.

Jangan Main Mercun tau ! :D


Sunday 12 August 2012

To : Kaum Adam

Wahai kaum Adam, jangan sesekali korang mainkan hati dan perasaan seorang kaum yang bernama WANITA. Hati WANITA sangat lembut, sekali kaum Adam sentuh hati kami, agak sukar untuk kami melepaskannya. Aku dah pernah kena, aku faham macam mana sakitnya bila tak mampu untuk melepaskan dia. TAKE A NOTE BOY~


Sunday 5 August 2012

kasih hati

Mengenalimu merupakan satu rezeki yang yang sangat besar
berkawan denganmu, membuat aku gembira
tapi, mengambil keputusan untuk melepaskanmu disaat aku mengetahui bahawa kau sudah berpunya merupakan satu keputusan yang mampu merobekkan hatiku
meskipun aku ingin melihat mu bahagia dengannya. 
#MRLOVE

Thursday 19 July 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum :)
First sekali, Alhamdulillah, semua assigment sekolah dah siap :) Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya dah siap semua kerja kursus. Rasa ringan sikit kepala ni, dan yang paling penting tak payah tidur lewat and bangun awal-awal semata-mata nak siapkan assigment tu..InsyaAllah, hope SPM nanti dapat result terbaik untuk subjek elektif -ict, Addmath, Akaun- subjek teras pon tak lupa jugak! terutama sekali sejarah, huhuhu ..:') 
Today, 29 Syaaban..Alhamdulillah, sudah hampir ke Ramadhan..:) sangat rindukan kedatangan Ramadhan..Harap-harap, kita di panjangkan umur, InsyaAllah :)
Dan, harap hati ini mampu lebih bersabar, dengan kerenah manusia...dan tentang Mr. Love masih tidak mampu membuang perasaan tu :'( Hanya Allah yang tahu, sedihnya hati ini disebabkan dia. hmm...
Ok, lupakan semua tu..aku nak cerita satu peristiwa yang menyakitkan...pada hari Isnin bersamaan 16 Julai 2012, pada jam lebih kurang 1.30-1.45...aku nak balik, biasanya balik je pergi rumah sepupu aku sebab aku naik bas and bus stop tu dekat dengan rumah cousin aku *Taman Bersatu* so, akak aku akn ambil aku dekat sana,.tapi hari tu, lepas akak aku dah ambil aku, aku yang kena bawak motor, sebab aku pakai kain, lagi pon naik skuter memang lah payah nak bonceng kat belakang tu, so, nak dijadikan cerita sebenarnya ialah kami pergi rumah cousin sorang lagi kat Taman Tun Perak, sebab abah aku suruh ambil adik yang last kat sana, masa tu hari dah mendung...and dalam perjalanan tu dah rintik2, perlahan and makin lebat...bila sampai dekat selekoh, aku nak brek, tapi boleh tergelincir pulak...sekali jatuh, aku dah menggeletar dah...paling aku takut adik aku yang last tu jadi ape2, tapi alhamdulillah dia luka kat lutut tapi biasalah budak2, dia menangis...tapi paling kesiannya, aku marah dia, masa dia cakap..akak, darah kak..sambil nangis, masa tu aku mrah, aku cakap, kau janganlah nangis, janganlah buat akak takut...:( huhu masa tu nak menangis sebab pergi marah dia...lagi pon aku memang tak boleh kalau orang cuak, otomatik aku pon akan cuak...yang paling aku bersyukur sekurang2nya aku seorang je yang cedera teruk, sikit je la :) kat lutut, belah kanan satu je, kat kiri dua tempat...memang pedih la...kena seluar atau kain memang sakit la...lepas tu kat siku sikit, and kat dua belah tapak tangan :) first tu memang susah nak buat gaya macam nak tulis, aku takut, macam mana pergi skolah nanti, tak boleh tulis...tapi alhamdulillah esok tu dah boleh lagipon aku tak pergi sekolah masa tu..haha...akak aku tak kena ape2..cume dia cakap lenguh kat tepi paha, mungkin terhentak kot~ huhu, so ambil iktibar masa hujan jangan bawak laju...lepas tu berhenti sekejap kat mana2....hehe 
ok lah, memang tragis tau..haha orait bubye, Assalamualaikum :)

Thursday 12 July 2012

kerja kursus oii ~

Assalamualaikum :)
hello hello :D ok, tak boleh nak happy sangat. Sebab kerja kursu akaun weh! tak siap lagi, huhu :( sedih nie, tapi aku redha, salah aku jugak kan, sapa suruh tangguh2 kerja, sekarang amekaw! ;( kan dah banyak kerja..ape2 pon, kena berusaha, aku harap dapat hantar secepat mungkin tapi masalahnya tadi siang masa kata sekolah cikgu dah warning! huhu. Kena hantar esok..Ya Allah, permudahkanlah kerja2 ku ini, insyaAllah :) wish me luck ok..thanks :D
lagi satu, Ramadhan dah hampir, semoga kita dapat mengurangkan semua sifat mazmumah, dapat tingkatkan kesabaran kita dengan semua orang, dan yang paling penting, dapat tambah kan lagi ibadah, amiin :) 
Assalamualaikum...

Sunday 1 July 2012

July :)

Assalamualaikum :)
Hari ini dah masuk bulan july, Alhamdulillah :D kita dah hampir ke bulan Ramadhan, semoga kita dipanjangkan umur supaya dapat sama-sama kembali ke bulan Ramadhan tahun ini, InsyaAllah :)
Haa, nak tanya soalan cepu cemas ni! Puasa sebelum-sebelum ni yang tertinggal dah ganti ke belum? HAHA :D kalau aku, Alhamdulillah sudah. Yang lain pon sama kan? mana yang belum qadha puasa tu cepat-cepat lah ganti balik..kalau tangguh kn takut ajal kita sampai nak jawab ape kat Allah? Tak kan nak jawab tak sempat, sedangkan Allah dah bagi banyak masa. Betul tak? 
Dan Semoga Ramadhan tahun nie, lebih banyak ibadah yang dapat kita buat dari tahun-tahun lepas. :D Bagi yang nak SPM tahun nie * termasuk lah aku * ramadhan nnty adalah masa yang terbaek untuk kita banyak berdoa untuk kejayaan kita. tapi usaha pon kena lah juga, baru lah dapat :) 
Orait, tu je...assalamualaikum :)

Saturday 23 June 2012

cerita2 :D

Assalamualaikum :)
Banyak ni nak cerita kat awak, awak, awak, awak and awak semua lah ! HAha :D 
First, aku nak cerita tentang result mid year. hohoho, bersyukur sangat2, ada peningkatan walaupon sikit..masa ujian pertama tu, aq ade 3G, mid year nie aku dah lulus akaun...For the First time, setelah sekian lamanya*dari tahun lepas* aku lulus akaun...memang susah nak score akaun, and walaupun tak credit, tapi dah masuk tahap lulus pun aku bersyukur alhamdulillah :') lepas ni, aku akan terus cuba dan berusaha untuk up kn lagi markah tu..insyaAllah :D Dalam kelas pulak, aku dapat nombor DUA :D berbanding ujian pertama tu, NO 4...:D  Alhamdulillah, YaAllah ~
Secondly, cerita pasal ex Bf aku, kami still kawan. tapi dia masih menunggu ku, dia kata suatu hari dia akan masuk minang aku.. aku tak kisah semua tu, tapi masalahnya sekarang dia tu suka meletakkan harapan yang tinggi menggunung..bila aku cakap jangan berharap sangat, kalau ada jodoh insyaAllah, kita boleh bersama, tapi dia akan kecewa..:( susah sangat nak buat dia faham.then sekrang ni, dia tak text aku lagi, sebab malam hari tu aku saja buat2 merajuk, sebab dia tu suka menuduh aku ada pakwe lain, padahal dia pon bukan pkwe aku dah pon...tapi, mugkin disebabkan dia meletakkan harapan tinggi, tu yang die kecewa sikit....pas 2 aku...and adalah sebab dia xmesej aku...and yang paling aku tak suka ialah, bila kami gadoh je, mesty die unfren aku kat FB...huh~ memang sangat menguji aku...tak pe, aku pon dah tak nak berhrap kat dia dah!
Aku percaya kan Allah itu MAHA Penyayang dan MAHA Pengasih serta MAHA Adil....Dia juga tak Mungkir janji pada hambanya...dan aku yakin Allah telah menetapkan jodoh yang terbaik untuk aku.
Aku hanya mampu untuk berdoa, supaya dia sentiasa selamat duni akhirat. InsyaAllah
Ok, that's all...enjoy <3 

Wednesday 20 June 2012


Assalamualaikum :) 
Ini ada sedikit ilmu nak dikongsi...tentang syarat-syarat mendapat hidayah Allah s.w.t .


Hari ni nak kongsi, sedikit ilmu :) InsyaAllah, Semoga kita sama2 dapat mengamalkannya...:)



Friday 15 June 2012

Sedih ~

Assalamualaikum :)
hmm, not in the mood..but aku cuba untuk tabah :') kerana aku tahu, setiap yang berlaku ada hikmahnya :)
Allah tak pernah mungkir janji kepada hambanya. Aku sudah mula belajar untuk meredhakan segalanya, termasuk hal hati dan perasaan. Aku masih lagi cuba untuk melupakan perasaan aku kepada Mr. Love..*mr.love? haha, tu la yang terlintas kat kepala aku tentang si dia yang aku minat dalam diam*. 
dan Alhamdulillah, aku rasa sudah 30% aku melepaskan dia pergi dari hatiku sebagai orang yang aku minat, aku cuba menanamkan perasaan seorang kawan sahaja :) i know that's hard, but we have to try if we want everybody happy in life...wah! speaking kot* haha..:'D 

"Dear Mr. Love yang aku cintai dalam diam,
terima kasih kerana hadir dalam hidupku, ia merupakan satu anugerah yang sangat indah, dan InsyaAllah dengan izin-Nya, aku tidak akan pernah lupaknnya. Aku akan cuba untuk melupakan kau, tetapi bukan untuk selamanya, kerana kita tetap kawan. Aku yakin dan InsyaAllah, jodoh kau adalah dengan si dia~ Allah tidak mengizinkan dan tidak memilih aku untuk berdamping denganmu, kerana aku tahu aku bukan lah yang terbaik untuk mu, dan Allah telah menetapkan yang terbaik untukku. Aku sangat meredhainya, dan bersyukur. Tetapi ingat lah wahai Mr.Love, janganlah kau lalai dengan cinta itu selagi dia belum jadi yang halal untukmu, dan aku tahu kau pasti akan percepatkan untuk mengambil dia menjadi permaisuri hatimu. dan aku,...aku pasti akan mendoakan semuanya terbaik untukmu, insyaAllah. 
Aku berharap kau sentiasa berbahagia, dan aku berharap kau tidak melupakan aku. Walaupun sangat menyakitkan tapi aku rela, kerana aku cuba menghindarkan diriku daripada maksiat hati dan aku mencuba untuk menjadi muslimah sejati :) insyaAllah, satu hari kita akan terjumpa, dengan izin Allah :)"

semoga pembaca sekalian jangan menangis erk..haha, chill je ok..:) bye ~

Monday 11 June 2012

cuti~

Assalamualaikum :)
hello2...aku sebenarnya bukan nak bagi tahu yang kami masih cuti, tapi sebenarnya, aku nak bagi tahu yang cuti sudah habis...huhuhu :( memang tak best~  kerja sekolah satu pon tak siap...
tapi yang aku nak citer ialah aktiviti aku sepanjang cuti ini....sepanjang cuti ni aku memenuhi undangan perkahwinan...hehe :D tapi sebenarnya, kenduri sepupu aku je..sepupu aku lelaki, masa sebelah perempuan kami pergi johor...memang best~ kami tidur kat homestay...memang ramai lah sedara-sedara aku yang ade.....bila dah berkumpul satu keluarga, memang happening!! :D
semalam pulak *10.06.2012* sebelah kami....huhu, penat sangat but happy je, and best! pengantin perempuan  cantik and comel :D hari ni*11.06.2012* aku tak pegi sekolah, haha...penat and malas...ni lah calon SPM yang  cemerlang -.-" korang jangan ikot tau ! ikot yang baik-baik je...;) 
and satu lagi cerita, sekarang ni aku masih belum boleh lupakan guy yang aku pernah cakap tu....aku taknak mention kan nama dia, sebab tak perlu....aku masih keliru dengan perasaan aku...kadang-kadang bila terdengar lagu2 yang sedih atau ada kena mengena macam aku, aku rasa nak menangis, sedih sangat...:( 
Allah, hambamu ini bermohon agar Kau kuatkan hati dan semangatku, supaya tidak lagi aku bersedih kepada orang yang tidak sudi pada ku, dan bukan yang halal bagiku. Sesungguhnya, aku dan dia hanya lah manusia biasa, aku tidak mahu terlalu mengagungkan dirinya tanpa mengagungkan Kau yang Maha Agung. Kau ampunkan diriku ini. Sekiranya dia adalah jodohku, Kau berilah hambamu ini petunjuk -Mu. Serta Kau berilah perlindungan kepada diri ku dan dirinya, keluargaku, dan keluarganya . Amiin :')
that's all, thanks for reading #OhMyEnglish :P

Friday 8 June 2012

Walk-walk :D

Assalamualaikum :)
Fuuhh ! Penat pegi KL n Selayang semata-mata nak cari tudung murah...hahaha :D sebenarnya, aku dan adik aku je yang ikot...kitorang ikut cousin and mak ayh dia...sebab diorang cakap kat KL murah sikit harga tudung...
Aku and my sis, keluar dari rumah kami pukul 10, sbb cousin cakap nak bertolak pukul 10...tapi, sampai2 je rumah dia, diorang belum siap...but its ok, kitorg tunggu je...last-last keluar pukul 11, hehe :) lepas tu, sampai lah dekat satu empat ni, lepas bayar utk parking, kitorang kena jalan kaki untuk pergi ke kedai2 kat tepi jalan tu....kami pun nampak kedai Muaz something lah, cousin pon bagi tahu, kedai tu lah yang jual tudung murah2..ok, kitorang pon jalan and masuk kedai tu...sekali lepas beberapa minit cari tudung baru lah aku tersedar yang ada DJ yang tengah ckap...*Dj ni, DJ kedai tu la* heehe, baru perasan sebab excited masa masuk kedai tu..hahaha..:D
Then, aku dengar DJ tu cakap :
" ya, mari2 beli tudung dan pakaian murah2, hanya di Muaz something* hanya di Jlan Msjid India !!"
Aku pon ckp la, dengan perlahan : 
" owh, rupanya ni masjid India "
hahaha, serius aku memang tak pernah pegi beli barang2 kat KL...so, aku ni kuno sikit....tapi aku tak kesah pon....kat rawang ni pon ada jugak barang-barang, cume harga saja yang berbeza...kami pergi ni pon sebab nak harga murah tu...:) hehe...lepas kami pegi beli tudung tu, kami pegi rumah kakak cousin...kat segamat..baby dia comeeelllll sangat...aku memang suka budak-budak ni..hehe :)
lepas hampir sejam kat sana kami pegi pulak tesco extra dekat Selayang..lepas dah dapat parking, kitorang pon keluar...tiba-tiba kami terdengar orang menjerit..aku, adik aku, cousin, dengan mak cik aku dah kecut dah....rupanya ada sepasang suami isteri kot, bergaduh...korang nak tahu diorang cakap ape?
aku pon tak tahu, sebab diorang gadoh bahasa tamil, kiranya diorang tu orang india lah..hahaha :D 
aku sempat bagi tahu adik aku, " dia buat drama tamil la "...and adik aku pon gelak je...pergh ! memang best lah, uncle tu marah gila2, and stress masa pujuk unty tu..si aunty tu pulak, biler si suami tarik tangan dia untuk pujuk, dia merajuk lagi...menjerit2 kat sana...aduh~ tak malu ke, kalau ye pon nak gadoh, gadoh kat rumah la uncle, aunty...pak guard yang jaga parking tu pon, sengih je kat kitorg...haha...ape2 je lah ~
then, kami pon balik, tapi sampai rawang je singgah kat nagoya, lepas tu baru balik...memang penat lah, tuisyen pon aku tak pegi...tapi best~ :D
Orait, that's all for today~ *OhMyEnglish* thanks, sebab baca...* ade orang baca ke?* hehe...Assalamualaikum~ 

Tuesday 5 June 2012

Alahai, kerja sekolah ~

Assalamualaikum :)
Hari ini nak cerita pasal kerja sekolah yang tak pernah habis. :( memang lah nama pon student kann ? 
kerja sekolah aku bertambah disebabkan kerja-kerja kursus yang tergendala. hehe..aku sendiri yang cari penyakitkan ! sekarang rasa la sendiri, adeh~ :( sebenarnya, kerja kursus tahun lepas belum beres lagi . iaitu akaun~ and tahun ini dapat lagi kerja kursus baru, huuhu...aku amek subjek elektif *akaun, ict and addmath* so, sekarang ini ketiga2 subjek ini ada kerja kursus ini...sekarang pon tengah cuti, so, memang patot la kena siapkn semua homework tu...tapi zaman sekolah, walaupon banyak homework, tapi time ni lah untuk kita bergembira, nanti dah tgalkan sekolah tak dapat lah, nak kembali balek...huhu
ape2 pon, pasrah je lah...macam ujian bakal kita hadapi selepas ini :) 
ok, dah tu je...hehe :D

ini ada lagu yang berlaku pada diriku :'(
enjoy <3

Monday 4 June 2012

Blog baru :)

 Assalamualaikum
Hello...hari nie aq da wat blog baru, yg lme da xupdate pe2 sbb xingt email n password . huhu ..*ciannye :(
sblum tu let me introduce myself .




nama : Nor Adilah Bt Allaldin
umur : 17 tahun
sekolah : SMK Rawang 
warna kegemaran : lime green :) tp wrna laen seperti purple, biru, oren, n pink pon suke . hehe :P

rasanya tu je la kot . haha :D nak ape2 lg, tnye je . :) 

orait, jgn lupe add kat facebook Diela Adilah :) nice too meet you . haha 

Luahan hati :')

Assalamualaikum..
aku ingin meluahkan isi hatiku disini . aku menyukai seorang laki nie, sjak form 3 lg. tp kat mukabuku la, dlu dia     ade GF tp dah clash, n die ade tnjuk kat aku gmbar bdak tu . die siap mntk pndpt lg, ok tak bdak nie. die bg link, ok aku bukak, aku ingt lg nma bdak tu smpai skng , lepas aku tgok gmba bdak tu, aku ckp comel, sbb memg comel . :)
die ckp die dah ptus ngn bdak tu . mse tu aku dah rase pelik, nk watpe die tnjuk kat aku . tp mybe ade la sbb die . die pon taw aku suke die, tp nk wat cmne kn bertepuk sebelah tngn takkn berbunyi. :') 
aku still tggu die, smpai skng . mse aku form 4, ade sorg bdak nie, dr kedah, mnx cople . lpas die bg mse, aku pon terima. dlm mse sme aku cbe lupekn mamat yg aku suke nie . tp dlm ahti aku mseh ade die . skang nie, aq dah clash ngn bdak kedah nie pas sthun kami relay . mse tu bdak yg aq minat nie, blom ade GF lg . smpai la, stu ary nie, aku trbce kat FB die, die da pon ade GF . mse tu aku rse nk menangis, sedih sngt, aku trkjot..tp aku thn sbb ade fmily aku mse tu, karang law teriak tetibe diorg tnye, nk jwb pe . haha :D
then, aku msok blik...mse tu la aku lepaskn sumenye. -aku nie pelik sket, xske menangis sblah org, mcm org biasa yg perlukn seseorg, klau aku, aku perlu sendirian, aku ckp sorg2, aku nangis sorg2, lpas nangis aku cube tbhkn diri sndri..aku selalu ingtkn diri aku, setiap yg berlaku ada hikmahnya, Allah baru bg ujian sket je -
sekrg aku mseh tggu die, sbb bg aku selagi dia belum beristeri, aku masih ada harapan.
kat Fb aku ada trbce stu bnde nie " tkdir sudah ditntukn, kite cume berdoa, agr sumenye baik2...tp Allah boleh mnukr tkdir kita sekiranya kita berdoa. " sebb tu, aku sering berdoa agr jdohku dan die, kuat . tp sekirnya die telh berkwin, aku akn lpaskn die wlaupon rasanya phit. bodohkn aku nie..huhu :') 

ok la, tu je la erk. thanks pd yg sudi mmbce :D