Friday 15 June 2012

Sedih ~

Assalamualaikum :)
hmm, not in the mood..but aku cuba untuk tabah :') kerana aku tahu, setiap yang berlaku ada hikmahnya :)
Allah tak pernah mungkir janji kepada hambanya. Aku sudah mula belajar untuk meredhakan segalanya, termasuk hal hati dan perasaan. Aku masih lagi cuba untuk melupakan perasaan aku kepada Mr. Love..*mr.love? haha, tu la yang terlintas kat kepala aku tentang si dia yang aku minat dalam diam*. 
dan Alhamdulillah, aku rasa sudah 30% aku melepaskan dia pergi dari hatiku sebagai orang yang aku minat, aku cuba menanamkan perasaan seorang kawan sahaja :) i know that's hard, but we have to try if we want everybody happy in life...wah! speaking kot* haha..:'D 

"Dear Mr. Love yang aku cintai dalam diam,
terima kasih kerana hadir dalam hidupku, ia merupakan satu anugerah yang sangat indah, dan InsyaAllah dengan izin-Nya, aku tidak akan pernah lupaknnya. Aku akan cuba untuk melupakan kau, tetapi bukan untuk selamanya, kerana kita tetap kawan. Aku yakin dan InsyaAllah, jodoh kau adalah dengan si dia~ Allah tidak mengizinkan dan tidak memilih aku untuk berdamping denganmu, kerana aku tahu aku bukan lah yang terbaik untuk mu, dan Allah telah menetapkan yang terbaik untukku. Aku sangat meredhainya, dan bersyukur. Tetapi ingat lah wahai Mr.Love, janganlah kau lalai dengan cinta itu selagi dia belum jadi yang halal untukmu, dan aku tahu kau pasti akan percepatkan untuk mengambil dia menjadi permaisuri hatimu. dan aku,...aku pasti akan mendoakan semuanya terbaik untukmu, insyaAllah. 
Aku berharap kau sentiasa berbahagia, dan aku berharap kau tidak melupakan aku. Walaupun sangat menyakitkan tapi aku rela, kerana aku cuba menghindarkan diriku daripada maksiat hati dan aku mencuba untuk menjadi muslimah sejati :) insyaAllah, satu hari kita akan terjumpa, dengan izin Allah :)"

semoga pembaca sekalian jangan menangis erk..haha, chill je ok..:) bye ~

No comments:

Post a Comment